Wednesday, July 30, 2008

Pas akan terus kekal selagi Islam menjadi dasar perjuangan

Dikirim pada Julai 30, 2008 oleh HermanSamsudeen

Pas akan kekal di persada politik negara seandainya Islam terus menjadi nadi perjuangan. Asas penubuhan Pas adalah Islam dan sesekali tidak akan meninggalkannya. Cita-cita untuk menegak daulah Islamiyyah kekal menjadi tulang belakangnya, tanpa sedikit pun menafikan hak mereka yang bukan Islam.

firman Allah:

“Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka merekalah orang- orang yang kafir”(Surah al-Maidah, ayat 44)
dan,

“Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”(Surah al-Kafirun, ayat 6)

Apa yang kita lihat pada hari ini adalah polemik dan percambahan pemikiran kalangan pelbagai lapisan kepimpinan dan ahli dipelbagai peringkat. Polemik itu terus berkembang sesuai dengan arus modenisasi teknologi semasa. Internet, telefon bimbit, dan pelbagai gajet baru digunapakai bagi menyampaikan maksud dakwah itu.

Bacaan lanjut di http://syukran.wordpress.com/2008/07/30/pas-akan-terus-kekal-selagi-islam-menjadi-dasar-perjuangan/

2 comments:

hafiz said...

Hmmm...sejujurnya saya tak kisah sapapun memerintah... apapun idelogi pemerintah... ini kerana... segala ideologi itu adalah teori yang dikertas... ia lebih kepada bagaimana seseorang pimpinan itu menilai, bertindak, dan beraksi.... apa guna slogan hidup melayu dijulang2 sedangkan melayu terus terpenyek... apa guna takbir disana-sini jika islam itu sendiri dipandang sepi..... dakwah dan terus dakwah... perlulah dibuat secara penoh hikmah dan 'ada umph' agar generasi muda terutamanya, agar free2 thinker, agar melayu kristian, melayu buddha, melayu islam, cina islam, india muslim, cina kristian....semuanya faham dan memahami, yakin dan percaya kepada pentadbiran berasaskan agama, berasaskan Islam itu sendiri.... kejatuhan kerajaan khalifah terakhir di turki adalah manifestasi kemerosotan kualitas kepimpinan itu sendiri.

Dr Ahmad Muhammad said...

Memang benar sesiapa yang memerintah pun takpe. Bukan soal bangsa atau agama pemerintah.
Soalnya adalah keadilan untuk semua. Kebajikan terjaga. Keselamatan terjamin.

Jerit Hidup Melayu tapi Melayu mati takde guna gak. Takbir Allahu Akbar bukan main bersemangat tapi nak bangun awal pun susah, nak tepati masa pun susah.....susah jugak macam tu.

Aku orang PAS. Dah 15 tahun dalam PAS. Sejak umur 15 tahun lagi aku dah jadi ahli PAS. Yang sedihnya, majoriti ahli PAS gagal dalam soal pengurusan masa baik ahli bawahan mahupun pimpinan atasan. Maaflah sebut macam nih. Ini hakikat. Lebih menyedihkan lagi dah lah lambat, buat buat muka selamba pulak tu. Tapi bila bercakap, bukan main lagi.

Kepada kawan-kawan..jangan terasa tau. Teguran dari hati kecil nih.