Monday, July 28, 2008

Karpal Singh Yang Suka Meracau









Hari ni pagi-pagi lagi TH Kee telefon aku. Katanya Karpal Singh meracau lagi. Aku terus turun ke bawah untuk belikan akhbar untuk tahu apa racauan Karpal Singh kali nih.


Tajuk akhbar - PR perlu kaji semula kedudukan PAS dalam PR (SINAR HARIAN Isnin 28 Julai 2008)


Aku amati dan aku baca berulang kali apa yang beliau cuba bangkitkan. Katanya, "Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara ini."


Pertama - "Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor."


Persoalan - Hanya sumber UMNO yang menyebutkan mengenai Kerajaan Campuran BN-PAS dan tidak ada sumber selain daripada sumber UMNO yang menyebutkan sedemikian. Umum mengetahui bahawa "Kerajaan Campuran BN-PAS ini hanyalah peluru UMNO untuk melemahkan dan seterusnya menghancurkan Pakatan Rakyat. Jelas sekali Karpal Singh telah terkena tembakan peluru itu. Beliau telah menari di pentas yang disediakan UMNO untuk menyembelih Pakatan Rakyat. Lebih malang lagi, beliaulah yang mungkin menyembelih Pakatan Rakyat.


Kedua - "Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara ini."


Persoalan - Atas alasan apa PAS perlu memaklumkan kepada DAP dan PKR terlebih dahulu? Adakah DAP atau PKR mengetuai Pakatan Rakyat? Adakah PAS merupakan parti kelas dua yang menganggotai Pakatan Rakyat? Adakah PAS hanya diperlukan ketika Pilihanraya Umum sahaja? Sedarkah Karpal Singh bahawa perbincangan itu berlaku ketika Pakatan Rakyat belum ditubuhkan? Bukankah tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian UMNO terhadap penubuhan Pakatan Rakyat? Sukarkah untuk seorang peguam kanan seperti beliau untuk memahami tindakan berbentuk strategi? Sedarkah beliau bahawa komunikasi di luar mahkamah adalah jauh berbeza dengan komunikasi di dalam mahkamah? Di sini juga jelas menunjukkan beliaulah yang akan menyembelih Pakatan Rakyat di hadapan rakyat yang telah memberi undi kepada Pakatan Rakyat.


Jika kita perhatikan dan telitikan, sejak di era Barisan Alternatif lagi Karpal Singh adalah individu yang paling banyak mengeluarkan kenyatan yang bersifat kontroversi dan provokasi ke atas rakan-rakan Barisam Alternatif sehingga hancurnya Barisan Alternatif. Bukankah ini dengan jelas menunjukkan beliau adalah pemimpin Barisan Alternatif yang paling kerap termakan provokasi UMNO-BN?


Sekarang beliau telah terjun ke laluan yang sama. Tanpa disedari telah menjadi kuda trojan UMNO-BN untuk menyembelih Pakatan Rakyat.


Sedarkah beliau bahawa ketara sekali bahawa undi Melayulah yang memenangkan DAP di banyak kawasan? Bukan undi Melayu ini datangnya daripada ahli-ahli PAS? Bukankah undi-undi Melayu ini datangnya daripada ahli-ahli UMNO yang telah berjaya didekati oleh PAS?


Karpal Singh perlu bertanya kepada diri sendiri soalan "Apakah yang beliau lakukan untuk menarik undi Melayu kepada Pakatan Rakyat amnya dan kepada DAP khususnya?" Jawapannya mudah - "Tidak ada apa-apa".


Sedarkah beliau bahawa UMNO-BN tidak perlu membeli MP atau ADUN Pakatan Rakyat untuk menghancurkan Pakatan Rakyat tetapi cukup hanya dengan melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat. Karpal Singh secara tidak langsung telah membuktikan bahawa beliau telah muncul sebagai ayam laga UMNO-BN untuk bertempur dengan rakyat Malaysia.


Sila komen.

1 comment:

diarihijau said...

Inilah kerja orang kafir yang betul2 kafir dan menunjukkan kejantanan kafirnya. Nampak sgt nak memusuhi PAS. Yang selain Karpal pun jgn ingat baik. Bagi saya, Karpal ni jurucakap non Muslim dalam pakatan rakyat.

Berwaspadalah selalu dengan mereka itu..

Kita orang PAS mudah memuliakan mereka. Tgklah bila KM Penang kata dia nak perintah Penang macam Omar Abd Aziz, orang pun kata 'bagusnya dia. Padahal itu hanya strategi politik dia nak tarik sokongan melayu.

Bila KM itu naik takhta, ada jugak pimpinan PAS kelantan p jumpa dia ucap tahniah. Padahal sekali pun tak penah diorg dtg ke kelantan ucap tahniah walaupun dah berpenggal2 PAS berjaya. Mudahnya org PAS termakan manisan mereka.