Wednesday, July 30, 2008

Adakah aku pun akan meracau juga selepas ini?

Aku baru balik daripada satu majlis perbincangan tidak rasmi di rumah TH Kee. Aku ingat TH Kee nak ajak aku tengok Chelsea lawan Malaysia tapi rupa-rupanya bukan. Dia ajak ramai kawan-kawan ke rumahnya semata-mata nak bertukar-tukar pandangan tentang muqabalah UMNO-PAS.

Ramai juga yang hadir. Lebih kurang 40 orang. Yang beragama Islam hanya aku, Ust Zulkifli Muhammad dan Dr Idris Mustaffa. Yang lain semuanya bukan Islam. Rakan-rakan berbangsa Cina paling ramai.

Terlalu banyak soalan dibangkitkan. Serba salah jadinya. Kami tidak ada autoriti untuk menjawab bagi pihak PAS tetapi kamilah yang bertanggungjawab menarik rakan-rakan bukan Islam ini kepada PAS. Mereka memang sayangkan PAS tetapi masing-masing punya perasaan seperti dikhianati oleh PAS apabila timbul kejutan pertemuan UMNO-PAS dan lebih mengejutkan pertemuan demi pertemuan telah berlaku dan lebih mengejutkan kedua dua pihak baik UMNO mahupun PAS berikrar bahawa pertemuan ini akan terus berlaku.

Albert terang-terangan berkata beliau tidak akan sekali-kali mempercayai PAS lagi sekiranya PAS masih berniat mahu bertemu dengan UMNO. Walaupun beliau berulang kali berikrar akan tetap menjaga hubungan persahabatan kami tetapi beliau juga dengan tegas menyatakan keterkilanan beliau dengan sikap dan pendekatan Ustaz Nasaruddin Timbalan Presiden.

Aku tak dapat nak tulis sepenuhnya isi perbincangan tadi kerana aku tak sanggup nak tulis malam nih. InsyaAllha, mungkin lepas-lepas nih aku akan ada kekuatan untuk tuliskan isi-isi perbincangan tadi.

Buat Ustaz Nasaruddin Timbalan Presiden, Allah Maha Adil dan Allah Maha Mengetahui. Semoga Alllah swt mengampunkan anda sekiranya jemaah ini hancur atau kacau bilau kerana "keterbukaan" anda. Mungkin kasar dan agak kurang adab untuk aku berkata demikian tetapi itulah yang bermain di fikiran ramai di antara kami tadi.

Ya Allah, ampunkanlah kami di atas kelemahan kami. Kurniakanlah kami pimpinan yang mampu memikul amanah perjuangan ini. Janganlah Engkau uji kami dengan kehadiran pimpinan yang menggugat survival perjuangan ini. Ameen

3 comments:

diarihijau said...

Firman Allah, "Sesungguhnya Yahudi dan Nasara tidak akan meredhai kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup/agama mereka".

Ini adalah janji Allah dan janjinya tak pernah dimungkiri. Nak berbaik2 dgn kafir mmg disuruh tapi jgn sampai kita lena tidur dlm perut mereka. Mereka tak akan berbaik2 dgn Islam kecuali ada agenda untuk kepentingan mereka.

Sekarang mungkin kita tak nampak tapi mungkin ada antara kita yang dah nampak. So, persediaan perlu ada. Mungkin inilah yang dilakukan oleh beberapa pimpinan kita. Jangan terlalu nak menjaga hati orang kafir sehingga maruah diri, agama n negara akan tergadai.

Sekarang belang mereka tak berapa nampak lagi. Bila mereka dah kuat nanti, kita sama2 tengokla...

Dr Ahmad Muhammad said...

Assalamu 'alaikum

Menang benar kita perlu berhati-hati tetapi janganlah "berhati-hati" itu kita jadikan sebagai hujahan untuk kita mengkhianati.

Rasulullah saw juga pernah menandatangani perjanjian dengan golongan bukan Islam dan di antara syarat perjanjian itu adalah golongan bukan Islam setuju dan sudi menerima keadilan yang dibawa oleh Islam.

Jadi, apa bezanya dengan golongan bukan Islam yang hari ini bersama dengan PAS?

Berhati-hati itu sememangnya perlu tetapi jangan sampai bersangka buruk.

diarihijau said...

Wa'alaikummussalam...

Boleh saudara jelaskan apakah yg saudara maksudkan 'pengkhianatan' itu?