Saturday, August 9, 2008

Sedihnya Menjadi Muslim Di Bumi Muslim Asabiyyah

Salam untuk semua.....
Lama juga aku tak buka blog nih. Sibuk. Tension. Macam macam ada
Pagi tadi aku berkesempatan bersembang panjang dengan Brot Hassan Mahmood, Brot. Abu Bakar dan Brot Riyadh. Ketiga-tiga mereka kebetulan aku kenali kerana kami tinggal di satu blok kediaman yang sama. Cuma tingkat sahaja yang berbeza.
Macam macam tajuk kami bincangkan di tepi tangga club house. Bermula dari soal pengajian kami sehinggalah soal politik semasa negara ini. Mereka bertiga sememangnya banyak mengkaji tentang Malaysia dan adakalanya pandangan mereka tentang politik negara ini lebih jitu dan matang berbanding pandangan ahli politik negara ini sendiri.
Brot Hassan Mahmood dan Brot Abu Bakar sememangnya aku yakini fikrah Islam mereka. Apa yang mengejutkan aku, Brot Riyadh yang sebelum ini sangat kuat fahaman liberalnya juga telah mula mengkagumi Tok Guru Nik Aziz walaupun beliau masih malu-malu menyuarakan kekagumannya itu.
Namun, apa yang menarik adalah luahan perasaan Brot Hassan Mahmood dan Brot Abu Bakar. Kedua-dua mereka berasal daripada benua Afrika iaitu masing-masing dari Ghana dan Nigeria. Brot Riyadh dari India.
Kenapa masyarakat Melayu amat sukar untuk didekati sedangkan mereka merupakan komuniti yang sopan dan sangat bagus? Itulah soalan pertama yang diajukan kepada aku sebaik sahaja aku bertanya tentang berapa ramai kawan Melayu yang mereka perolehi sejak menjadi jemaah lazim di Masjid Muqarrobin.
Menurut mereka, mereka juga Muslim seperti orang Melayu tetapi kenapa orang Melayu sukar sekali untuk berkomunikasi dengan mereka. Berbeza dengan kaum Cina dan India. Sangat terbuka untuk manjalinkan komunikasi dan komunikasi yang terjalin itu akan berkekalan menjadi persahabatan walaupun tidak menjadi persahabatan yang erat.
Adakalanya jemaah di masjid memandang mereka sebagai Muslim kelas dua sedangkan mereka juga menyembah Allah swt seperti Melayu Islam. Aku dapat menyelami kesedihan dan rintihan jiwa mereka kerana aku juga pernah berada di bumi asing. Bezanya, aku dulu di bumi kuffar tetapi mereka hari ini di bumi Muslim. Mereka berhak untuk berasa sedih dan pedih kerana seperti tidak dihiraukan oleh saudara seagama.
Aku sukar nak menulis nih sebenarnya. Perasaan aku jadi amat tak stabil kerana masih ditenggelami oleh luahan perasaan mereka tadi.
Wahai sahabat, yakinlah kepada Allah swt kerana Allah swt tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya. Hanya ahli neraka yang menitikberatkan warna kulit. Apa gunanya menuntu ilmu di bumi para anbiya sekiranya gagal untuk meruntuhkan tembok asabiyyah.
Nanti aku tulis lagi. Adios.......

No comments: