Tuesday, August 12, 2008

AKHBAR SINARHARIAN SELASA 12 OGOS 2008 : AMARAN PAS KELUAR PAKATAN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian parti berkenaan yang bertegas mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya "kerajaan baru" selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam menerajui negara.
Begitulah bunyinya paparan muka depan akhbar yang dimaksudkan. Aku tak terkejut sebenarnya walaupun sukar untuk mencari di mana rasionalnya untuk terus berada di dalam pakatan yang serba tak kena nih.
Memang aku tak kisah PAS bekerjasama dengan pihak mana sekalipun selagi mana kerjasama itu mendatangkan manfaat kepada Islam dan rakyat pelbagai kaum ini; tetapi janganlah pula "rakan rakan pakatan" seperti endah tak endah jer dengan kewujudan PAS.
Ketika pilihanraya tidak kira sama ada PRU atau pilihanraya kecil, yang benar benar bertungkus lumus bermula daripada cula undi sehinggalah bertugas di pondok pondok panas - adalah ahli PAS. Ketika proses kempen-buang undi ini, yang menjadi tulang belakangnya adalah ahli PAS. Memang tak dinafikan bahawa ada juga ahli ahli "rakan pakatan" yang turut serta tetapi turut serta mereka itu tidaklah seperti mana turut sertanya ahli ahli PAS. Ahli "rakan pakatan" hanya muncul ketika burung pungguk pun dah nak tidur sedangkan ahli PAS bergerak dari pagi ke pagi. Tidur ke mana. Makan ke mana. Rehat ke mana. Keluarga ke mana. Semuanya semata-mata nak menangkan "Pakatan Rakyat".
Pengalaman peribadi aku dan hampir semua ahli PAS adalah begitu. Aku tidak tahu pengalaman orang lain tetapi pengalaman aku baik di Penang atau KL adalah begitu.
PRU Ke 12 yang lalu aku di Bandar Tun Razak. PKR bertanding di situ. Kemesraan ahli "rakan pakatan" terserlah tetapi malangnya kemesraan itu hanya dibuat buat. Selepas kemenangan di capai, hilang habis semua. Jumpa di pasar malam atau di majlis anjuran Pakatan Rakyat pun buat kenal tak kenal jer. Memang tak semua begitu tetapi jika kiraan 10 orang, 9 orang adalah begitu.
Yang pimpinan dengan lagak pimpinan. Yang ahli dengan lagak ahlinya. Sewaktu tempoh berkempen sehinggalah membuang undi, kata kata ini sering kedengaran -"KITA PERLU KERJASAMA DAN KERJASAMA INI PERLU DIPERERATKAN SUPAYA BN DAPAT DITUMBANGKAN. RAKYAT SUDAH CUKUP MENDERITA. JANGAN DIKIRA PARTI MANA YANG BERTANDING, YANG PENTING KITA PERLU KERJA KUAT UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN MILIK KITA". Malangnya, bila menang, oh ini kemenangan PKR @ PKR telah mencapai kemenangan hasil tungkus lumus ahli ahli PKR. Dah tak bunyi dah "semangat kerjasama" yang sering disebut semasa tempoh kempen-buang undi.
Lebih memedihkan apabila orang yang memandang dari jauh dan memandang sinis ketika tempoh kempen-buang undi ini berlangsung itu telah dimunculkan sebagai pejuang yang bertungkus lumus ketika berkempen. Apa ini?
Apabila ahli PAS bersuara, maka soal keikhlasan perjuangan itu pun dinyanyikan. Sukarkah untuk memahami hati dan perasaan ahli PAS? Kenapa KETERBUKAAN dan SABAR serta TOLAK ANSUR itu hanya dituntut kepada ahli ahli PAS tetapi tidak kepada ahli ahli "rakan pakatan" juga? Sekiranya isu rumahtangga Pakatan ini pun gagal untuk kita selesaikan, bagaimana Pakatan mahu mentadbir negara ini?
Memang kita menyedari bahawa UMNO-BN memasang perangkap di mana mana untuk memecahbelahkan kita, namun harus juga disedari bahawa pihak kita juga memiliki 1001 kelemahan yang perlu diperbaiki.
Sudah lama PAS bertolak ansur dan berdiam diri. Walau sepahit mana sekalipun, ahli ahli PAS tetap menelan segala yang ada di hadapan mata semata mata atas nama jihad. Ahli PAS dididik untuk wala' kepada pemimpin dan taat kepada arahan. Namun, ahli "rakan pakatan" juga haruslah mempunyai hati perut yang bersihdan bukan telunjuk lurus kelingking berkait.
Kesimpulannya, PAS dan ahli ahli PAS akan bekerjasama dengan sesiapa juga selagi mana kerjasama itu mendatangkan manfaat kepada Islam dan rakyat pelbagai kaum ini. Namun, harus disedari bahawa ahli ahli " rakan pakatan" juga perlu TERBUKA dan BERTOLAK ANSUR dan jangan hanya menyedari kewujudan PAS dan ahli ahli PAS ketika susah sahaja.
Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Ameen.

No comments: