Friday, September 5, 2008

Aku Temui Semula Cahaya Itu.....

Alhamdulillah.......demam dah ok sikit walaupun batuk masih ada. Hari nih aku menghubungi seorang sahabat sejemaah yang aku baru kenal. Kenal pun hanya menerusi phone jer. Kami berbincang tentang perihal jemaah dan niat aku untuk mewakafkan diri kepada jemaah.

Lama kami sembang. Sampai padam bateri phone aku. Maklumlah, phone cap ayam.

Mungkin ini kekuatan dan keberkatan Ramadhan. Dah lama dah aku pasang niat untuk mewakafkan diri dengan jemaah ini. Tempoh 15 tahun mengenali jemaah ini bukanlah suatu tempoh yang singkat. Dah hampir 10 tahun mohon jadi ahli rasmi tapi tak ada respon pun tentang permohonan keahlian aku tu. Takperlah. Mungkin Allah swt belum mahu aku menjadi ahli rasmi kot.

Walau bagaimana pun, aku tetap bekerja untuk jemaah ini. Aku tak pernah miss apa apa program pun. Malah, ke mana sekalipun aku pergi, pasti aku bawa sekali nama jemaah ini.

Waktu di Permatang Pauh, walaupun aku bertugas untuk PKR, tapi aku bangga menjadi ahli jemaah ini. Aku tetap hijau walaupun berada dalam kelompok biru muda. InsyaAllah, sampai bila bila pun aku akan tetap hijau. Doakan aku.

Ruang sudah terbuka untuk aku bergerak di Bandar Tun Razak. Mudah sikit kerja aku. Tak perlu bergerak sorang sorang lagi. Aku sayang jemaah ini. Jemaah ini mengajar aku erti kehidupan dan erti dunia. Syukur Ya Allah.

Sahabat sejemaah tersebut mengutarakan idea untuk menubuhkan NGO yang akan menjadi proksi PAS bagi menjalankan aktiviti aktiviti yang perlu dilakukan tetapi agak sukar untuk dilakukan atas nama PAS. Aku setuju kerana pada aku ruang yang ada agak terhad jika bergerak atas platform politik semata-mata. Apa yang penting adalah Islam tetap dijunjung walau di mana pun kita berada.

Nanti aku tulis lagi.

Sunday, August 31, 2008

PERMATANG PAUH - TABIK UNTUK SEMUA PETUGAS

Umum mengetahui tentang kemenangan di P44 Permatang Pauh. Tahniah untuk rakyat Malaysia dan takziah buat UMNO-BN.

Aku berada di sana bermula dari 20hb jika tidak silap sehinggalah sehari selepas kemenangan dicapai. Terlalu banyak suka duka. Terlalu banyak kemanisan dan kepahitan yang dilalui. Walau apa pun, semua itu adalah asam garam perjuangan.

Aku tak bercadang nak mengulas panjang soal kemenangan kerana kemenangan itu telah dicapai walaupun perjalanan menuju kejayaan sebenar itu masih jauh. Apa yang aku nak ulas hanyalah tentang sikap kita dari sudut menjana kemenangan, menangani kemenangan dan mempertahankan kemenangan.

Tempoh masa lebih kurang 10 hari sehinggalah menjelangnya hari mengundi di Permatang Pauh adalah suatu tempoh masa yang menyaksikan kebanjiran petugas parti ke daerah pinggir bandar ini. Tak semena-mena penduduk Permatang Pauh terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya yang jauh luar biasa daripada biasa. Semuanya gara-gara kebanjiran petugas pilihanraya.

Pernahkah kita terfikir, adakah yang membanjiri jalan-jalanraya itu merupakan benar-benar petugas pilihanraya atau hanya sekadar pelancong pilihanraya? Memang benar mereka ini datang atas nama parti. Memang benar kenderaan mereka di "make-up" seperti kenderaan milik parti. Namun, di manakah mereka ketika petugas parti diperlukan? Apa fungsi kelompok ini ketika proses berkempen? Kelompok inilah di antara faktor penyumbang kepada kesesakan jalanraya di Permatang Pauh.

Kelompok ini ke hulur ke hilir menziarahi Bilik Gerakan demi Bilik Gerakan dan tanpa segan silu memperkenalkan diri sebagai petugas daripada Wilayah namun hakikatnya mereka tidak melakukan apa apa tugasan pun. Hanya bermodalkan pas petugas yang bergantungan di leher sahaja.

Ketika waktu siang, selepas menghabiskan sarapan pagi yang disediakan untuk para petugas, kelompok ini akan merayau ke sana sini lagak seorang YB melawat kawasan dan akan kembali semula ke kawasan penempatan ketika waktu senja. Kemudiannya menyesakkan bilik mandi sebelum kelura semula untuk mendengar ceramah dan kembali semula untuk menyesakkan ruang tidur. Itu sahaja aktiviti mereka.

Memang akan ada yang terluka dan terhiris dengan apa yang ditulis ini tetapi inilah hakikat yang akan diakui oleh semua yang hadir ke Permatang Pauh.

Itu satu hal.

Pujian harus diberikan kepada petugas Wanita Pakatan Rakyat yang bertugas di Bilik Gerakan Simpang Tiga Kubang Ulu. Kelompok ini tidak jemu jemu keluar merayu undi rumah ke rumah hampir setipa hari bermula jam 9 pagi sehinggalah jam 6 petang. Mereka tetap istiqamah walaupun menghadapi cabaran.

Kenapa "petugas" lelaki yang ada ramai-ramai tu tak tergerak hati untuk mencontohi kelompok ini? Ataupun sekurang kurangnya menemani kelompok nenek-nenek ini? Adakah kehadiran "petugas" lelaki ini hanya sekadar menjadi pengulas politik tidak bertauliah sahaja?



Tuesday, August 19, 2008

Sumpah Laknat Untuk Makhluk Yang Berhak Dilaknati

Semua pihak sedia maklum dengan sumpah makhluk yang bernama Saiful Bukhari Azlan ni. Di mana mana sahaja rakyat negara ini bercakap soal makhluk nih. Setakat artikel nih ditulis, takde sorang pun yang aku jumpa yang termakan sumpah si makhluk nih.
Ya Allah, manusia kini menjadikan kitab-Mu sebagai bahan mainan dan senda gurau. Manusia hari ini menjadikan Mu sebagai unsur jenaka. Ya Allah, janganlah Engkau turunkan bala kepada negara ini hanya sanya kerana manusia manusia itu. Ya Allah, bimbinglah kami. Ameen.

Wednesday, August 13, 2008

Pandangan Seorang Moderator Dialog Perbandingan Agama

Salam untuk semua.....
Semua tahu apa yang berlaku di hadapan pada hari Sabtu 9 Ogos 2008. Semua terpinga-pinga. Orang Islam terpinga-pinga kerana "mereka(1)" sudah melampau. Orang bukan Islam pula terpinga-pinga kerana "mereka(2)" telah menunjukkan sikap yang sebenar.
Nota : "mereka(1)" - orang bukan Islam dan "mereka(2)" - orang Melayu Islam.
Perkara ini sebenarnya perlu dilihat dari sudut yang positif. Maksud saya, suasana panas itu sebenarnya dapat dielakkan sekiranya dikendalikan dengan cara yang cukup berhemah tanpa perlu marah-marah (dipihak "mereka(1)") dan tanpa perlu gopoh (dipihak "mereka(2)").
Biar saya ulas dahulu kegopohan dan keserabutan pemikiran Majlis Peguam. Kita amat memahami bahawa Majlis Peguam adalah diantara pihak yang cukup faham tentang perundangan di negara ini. Namun harus disedari bahawa negara yang penuh "sentimen" ini perlu dikendalikan dengan penuh bijaksana supaya "sentimen" itu tidak menjadi "sensitif".
Kita amat memahami bahawa keperluan untuk membincangkan perkara "sentimen" ini sememangnya amat perlu supaya kekeliruan yang wujud dapat diperjelaskan. Kita meyakini bahawa sekiranya perkara "sentimen" ini tidak dibincangkan hari ini, maka akan tetap diperbincangkan oleh generasi akan datang.
Keterbukaan dalam membincangkan sesuatu perkara adalah amat perlu tetapi haruslah disedari bahawa "keterbukaan dalam membincangkan" tidak membawa maksud "membincangkan secara terbuka". Majlis Peguam mungkin gagal memahami "sentimen" ini walaupun kita meyakini mereka memahami "klausa" perundangan yang mahu dibincangkan itu.
Seharusnya Majlis Peguam mengadakan perbincangan secara terbuka dari sudut pemahaman, pemikiran dan percambahan idea dengan pihak-pihak seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya dan bukannya mengadakan perbincangan terbuka dari sudut suasana dan lokasi seperti yang telah berlaku itu.
Perkara "sentimen" ini sememangnya perlu dihuraikan dengan penuh cermat supaya tidak bertukar menjadi "sensitif". Adakah Majlis Peguam akan memikul tanggungjawab penuh sekiranya "sentimen" ini bertukar menjadi "sensitif"?
Mungkin kejayaan menganjurkan forum berkaitan hak-hak istimewa Melayu membuatkan Majlis Peguam menemui keyakinan untuk mengorak langkah seterusnya. Harus disedari oleh Majlis Peguam bahawa sekiranya isu hak-hak istimewa orang Melayu itu diperbincangkan, tidak semua orang Melayu "sensitif" dengannya kerana isu ini akan dianggap isu politik sahaja. Namun, sekiranya isu Islam diperbincangkan, ketahuilah bahawa seluruh umat Melayu tidak kira PAS, UMNO atau PKR, seluruh orang Islam tidak kira Melayu Islam, Cina Islam, India Islam dan penganut Islam daripada bangsa lain juga akan bangkit dan mempertahankan Islam yang cuba diganggu itu.
Buktinya, ketika perhimpunan tersebut berlangsung, tidak ada sesiapa pun datang atas nama parti politik. Ahli PAS datang sebagai seorang Islam. Ahli PKR datang sebagai seorang Islam. Ahli UMNO datang sebagai seorang Islam. Saudara Muhammad Hin Tze Yang datang sebagai seorang Islam. Saudara Gandhi Abdullah juga datang sebagai seorang Islam. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa yang menentang itu bukan hanya orang Melayu tetapi umat Islam seluruhnya.
Saya amat pasti bahawa Majlis Peguam juga menyedari bahawa isu ini boleh dibincangkan secara ilmiah atau secara akademik di antara persatuan dengan persatuan. Mungkin di antara Majlis Peguam-GPMS. Atau mungkin Majlis Peguam-PMIUM. Mungkin di antara Majlis Peguam-ABIM. Atau mungkin bersama JIM, JAKIM atau sebagainya. Namun, apakan daya. Keterlanjuran tidak mungkin dapat dipulihkan dalam jangka masa yang pendek kerana luka mungkin sembuh tetapi parut tidak mungkin hilang.
Itu perkara pertama.
Perkara kedua yang perlu dimuhasabah pula adalah sikap dan pendekatan orang-orang Islam itu sendiri dalam menangani permasalahan ini. Sebelum terlupa, saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada kekanda-kekanda YB Haji Salahuddin Ayub, YB Haji Zulkifli Nordin, Kekanda Jais Abdul Karim dan seluruh umat Islam yang terguris dengan keterlanjuran dan "kebiadapan" Majlis Peguam ini.
Umum mengetahui bahawa Majlis Peguam bercadang mahu menganjurkan forum ini. Banyak pihak, baik parti politik, NGO mahupun pertubuhan pelajar yang membantah penganjuran forum ini. Kita bangga dengan bantahan-bantahan ini kerana sensitiviti di hati umat Islam negara ini masih tinggi walaupun racun sekularisme di mana-mana.
Namun, apa yang ingin saya utarakan di sini adalah ada atau pun tidak mana-mana pertubuhan ini berjumpa secara bersemuka dengan Majlis Peguam bagi menyatakan bantahan terhadap penganjuran ini? Bantahan menerusi sidang akhbar, ya ada. Bantahan menerusi surat bantahan, ya ada. Bantahan menerusi siaran media, ya ada. Bagaimana pula bantahan secara bertemu muka dengan Majlis Peguam? Adakah ini berlaku? Saya secara peribadi langsung tidak mendapati bantahan berbentuk bersemuka ini dilakukan.
Saya berpandangan bahawa sekiranya bantahan bersemuka ini dilakukan oleh beberapa orang wakil pelbagai pertubuhan, persatuan dan pergerakan yang bertulangbelakangkan umat Islam, maka pasti Majlis Peguam akan membatalkan forum itu sejak dari awal lagi. Hatta, Pak Menteri pun hanya membentah menerusi media sedangkan Pak Menteri mempunyai kuasa untuk say YES or say NO kepada Majlis Peguam.
Bagaimana pula dengan PDRM? Ke mana hilangnya kesungguhan PDRM untuk memelihara keamanan dan ketenteraman awam? Cukupkah dengan hanya mengeluarkan kenyataan "menasihati Majlis Peguam untuk tidak meneruskan forum tersebut"?
Yang bersalah adalah Majlis Peguam. Janganlah dimakihamun orang Cina dan India. Yang bersalah adalah Majlis Peguam. Janganlah dimakihamun orang bukan Islam seluruhnya. Saya amat yakin tidak semua orang Islam bersama-sama dengan Majlis Peguam walaupun keanggotaan Majlis Peguam itu majoritinya adalah peguam bukan Islam.
Saya amat memahami kemarahan di hati umat Islam tetapi janganlah dibiarkan kemarahan itu membakar benteng rasional dan kebijaksanaan yang Allah swt kurniakan kepada kita. Lakukanlah tindakan yang lebih berhemah dan bijaksana kerana ini merupakan unsur-unsur awal yang akan diikuti oleh unsur-unsur yang lebih mencabar di masa hadapan.
Buat umat Islam, terlalu banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian selain membantah penganjuran forum ini. Kita perlu memberikan perhatian berkaitan kurangnya perhatian terhadap sistem pentadbiran secara Islam. Maksudnya, keterbukaan dan ketelusan pentadbiran.
Sebagai umat Islam yang insyaAllah beriman, kita juga seharusnya sensitif terhadap isu rasuah, akhlak, tingkahlaku dan sebagainya. Bagaimana kroniknya keadaan remaja Islam pada hari ini juga perlu diberikan perhatian serius atas dasar iman. Malangnya, kita gagal. Kita gagal mempertahankan iman tetapi dalam masa yang sama kita mahu mempertahankan Islam. Keserabutan ini sangat jelas.
Kita tidak kisah anak gadis kita tidak menutup aurat tetapi kita sensitif dengan ganggugugat sekelompok manusia yang berada di dalam Majlis Peguam sedangkan kedua-duanya menuju ke neraka.
Kita tidak sensitif dan langsung tidak berasa apa apa melihat anak remaja kita menjadi pengunjung setia kelab-kelab malam tetapi menjadi sangat sensitif apabila seorang Islam memperkatakan sesuatu tentang Islam sedangkan kedua-duanya menuju ke neraka.
Sebagai penutup, tahniah buat semua umat Islam yang masih ada iman walaupun jarang-jarang membasuh daki-daki yang masih mengotori hati kita. Semoga Allah swt mengampuni, memberkati dan merahmati kita semua. Ameen.

Petikan dari Siasahdaily

Tuesday, August 12, 2008

Nik Aziz akan iringi Anwar di hari pernamaan calon

KOTA BHARU, 12 Ogos: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh 16 Ogos ini.Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan Tvpas.com baru-baru ini.16 Ogos adalah hari kedua muktamar PAS yang akan diadakan di Ipoh mulai 15 hingga 17 Ogos."Saya akan turun di hari penamaan calon, insya Allah," katanya sebagaimana yang dilaporkan Tvpas.Beliau juga yakin Anwar boleh menang bahkan lebih besar berbanding dengan apa yang diperolehi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah."Kalau Wan Azizah boleh majoriti lebih 13,000, saya yakin Anwar akan dapat lebih lagi," katanya.Nik Aziz yakin, pengundi Permatang Pauh tidak akan termakan dengan fitnah yang dihadapi Anwar.Beliau menyifatkan mereka yang membuat tuduhan liwat ini sebagai tidak bermaruah dan bersifat kebinatangan."Belum dibawa ke mahkamah lagi sibuk dah luruhkan nama baik Anwar. Tv, radio, akhbar dah tuduh Anwar. Binatang ini akan masuk neraka jika Anwar tidak maaf. Mana boleh maruah tidak dibela," kata beliau.

Tuesday, August 12, 2008

AKHBAR SINARHARIAN SELASA 12 OGOS 2008 : AMARAN PAS KELUAR PAKATAN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian parti berkenaan yang bertegas mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya "kerajaan baru" selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam menerajui negara.
Begitulah bunyinya paparan muka depan akhbar yang dimaksudkan. Aku tak terkejut sebenarnya walaupun sukar untuk mencari di mana rasionalnya untuk terus berada di dalam pakatan yang serba tak kena nih.
Memang aku tak kisah PAS bekerjasama dengan pihak mana sekalipun selagi mana kerjasama itu mendatangkan manfaat kepada Islam dan rakyat pelbagai kaum ini; tetapi janganlah pula "rakan rakan pakatan" seperti endah tak endah jer dengan kewujudan PAS.
Ketika pilihanraya tidak kira sama ada PRU atau pilihanraya kecil, yang benar benar bertungkus lumus bermula daripada cula undi sehinggalah bertugas di pondok pondok panas - adalah ahli PAS. Ketika proses kempen-buang undi ini, yang menjadi tulang belakangnya adalah ahli PAS. Memang tak dinafikan bahawa ada juga ahli ahli "rakan pakatan" yang turut serta tetapi turut serta mereka itu tidaklah seperti mana turut sertanya ahli ahli PAS. Ahli "rakan pakatan" hanya muncul ketika burung pungguk pun dah nak tidur sedangkan ahli PAS bergerak dari pagi ke pagi. Tidur ke mana. Makan ke mana. Rehat ke mana. Keluarga ke mana. Semuanya semata-mata nak menangkan "Pakatan Rakyat".
Pengalaman peribadi aku dan hampir semua ahli PAS adalah begitu. Aku tidak tahu pengalaman orang lain tetapi pengalaman aku baik di Penang atau KL adalah begitu.
PRU Ke 12 yang lalu aku di Bandar Tun Razak. PKR bertanding di situ. Kemesraan ahli "rakan pakatan" terserlah tetapi malangnya kemesraan itu hanya dibuat buat. Selepas kemenangan di capai, hilang habis semua. Jumpa di pasar malam atau di majlis anjuran Pakatan Rakyat pun buat kenal tak kenal jer. Memang tak semua begitu tetapi jika kiraan 10 orang, 9 orang adalah begitu.
Yang pimpinan dengan lagak pimpinan. Yang ahli dengan lagak ahlinya. Sewaktu tempoh berkempen sehinggalah membuang undi, kata kata ini sering kedengaran -"KITA PERLU KERJASAMA DAN KERJASAMA INI PERLU DIPERERATKAN SUPAYA BN DAPAT DITUMBANGKAN. RAKYAT SUDAH CUKUP MENDERITA. JANGAN DIKIRA PARTI MANA YANG BERTANDING, YANG PENTING KITA PERLU KERJA KUAT UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN MILIK KITA". Malangnya, bila menang, oh ini kemenangan PKR @ PKR telah mencapai kemenangan hasil tungkus lumus ahli ahli PKR. Dah tak bunyi dah "semangat kerjasama" yang sering disebut semasa tempoh kempen-buang undi.
Lebih memedihkan apabila orang yang memandang dari jauh dan memandang sinis ketika tempoh kempen-buang undi ini berlangsung itu telah dimunculkan sebagai pejuang yang bertungkus lumus ketika berkempen. Apa ini?
Apabila ahli PAS bersuara, maka soal keikhlasan perjuangan itu pun dinyanyikan. Sukarkah untuk memahami hati dan perasaan ahli PAS? Kenapa KETERBUKAAN dan SABAR serta TOLAK ANSUR itu hanya dituntut kepada ahli ahli PAS tetapi tidak kepada ahli ahli "rakan pakatan" juga? Sekiranya isu rumahtangga Pakatan ini pun gagal untuk kita selesaikan, bagaimana Pakatan mahu mentadbir negara ini?
Memang kita menyedari bahawa UMNO-BN memasang perangkap di mana mana untuk memecahbelahkan kita, namun harus juga disedari bahawa pihak kita juga memiliki 1001 kelemahan yang perlu diperbaiki.
Sudah lama PAS bertolak ansur dan berdiam diri. Walau sepahit mana sekalipun, ahli ahli PAS tetap menelan segala yang ada di hadapan mata semata mata atas nama jihad. Ahli PAS dididik untuk wala' kepada pemimpin dan taat kepada arahan. Namun, ahli "rakan pakatan" juga haruslah mempunyai hati perut yang bersihdan bukan telunjuk lurus kelingking berkait.
Kesimpulannya, PAS dan ahli ahli PAS akan bekerjasama dengan sesiapa juga selagi mana kerjasama itu mendatangkan manfaat kepada Islam dan rakyat pelbagai kaum ini. Namun, harus disedari bahawa ahli ahli " rakan pakatan" juga perlu TERBUKA dan BERTOLAK ANSUR dan jangan hanya menyedari kewujudan PAS dan ahli ahli PAS ketika susah sahaja.
Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Ameen.

Saturday, August 9, 2008

Sedihnya Menjadi Muslim Di Bumi Muslim Asabiyyah

Salam untuk semua.....
Lama juga aku tak buka blog nih. Sibuk. Tension. Macam macam ada
Pagi tadi aku berkesempatan bersembang panjang dengan Brot Hassan Mahmood, Brot. Abu Bakar dan Brot Riyadh. Ketiga-tiga mereka kebetulan aku kenali kerana kami tinggal di satu blok kediaman yang sama. Cuma tingkat sahaja yang berbeza.
Macam macam tajuk kami bincangkan di tepi tangga club house. Bermula dari soal pengajian kami sehinggalah soal politik semasa negara ini. Mereka bertiga sememangnya banyak mengkaji tentang Malaysia dan adakalanya pandangan mereka tentang politik negara ini lebih jitu dan matang berbanding pandangan ahli politik negara ini sendiri.
Brot Hassan Mahmood dan Brot Abu Bakar sememangnya aku yakini fikrah Islam mereka. Apa yang mengejutkan aku, Brot Riyadh yang sebelum ini sangat kuat fahaman liberalnya juga telah mula mengkagumi Tok Guru Nik Aziz walaupun beliau masih malu-malu menyuarakan kekagumannya itu.
Namun, apa yang menarik adalah luahan perasaan Brot Hassan Mahmood dan Brot Abu Bakar. Kedua-dua mereka berasal daripada benua Afrika iaitu masing-masing dari Ghana dan Nigeria. Brot Riyadh dari India.
Kenapa masyarakat Melayu amat sukar untuk didekati sedangkan mereka merupakan komuniti yang sopan dan sangat bagus? Itulah soalan pertama yang diajukan kepada aku sebaik sahaja aku bertanya tentang berapa ramai kawan Melayu yang mereka perolehi sejak menjadi jemaah lazim di Masjid Muqarrobin.
Menurut mereka, mereka juga Muslim seperti orang Melayu tetapi kenapa orang Melayu sukar sekali untuk berkomunikasi dengan mereka. Berbeza dengan kaum Cina dan India. Sangat terbuka untuk manjalinkan komunikasi dan komunikasi yang terjalin itu akan berkekalan menjadi persahabatan walaupun tidak menjadi persahabatan yang erat.
Adakalanya jemaah di masjid memandang mereka sebagai Muslim kelas dua sedangkan mereka juga menyembah Allah swt seperti Melayu Islam. Aku dapat menyelami kesedihan dan rintihan jiwa mereka kerana aku juga pernah berada di bumi asing. Bezanya, aku dulu di bumi kuffar tetapi mereka hari ini di bumi Muslim. Mereka berhak untuk berasa sedih dan pedih kerana seperti tidak dihiraukan oleh saudara seagama.
Aku sukar nak menulis nih sebenarnya. Perasaan aku jadi amat tak stabil kerana masih ditenggelami oleh luahan perasaan mereka tadi.
Wahai sahabat, yakinlah kepada Allah swt kerana Allah swt tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya. Hanya ahli neraka yang menitikberatkan warna kulit. Apa gunanya menuntu ilmu di bumi para anbiya sekiranya gagal untuk meruntuhkan tembok asabiyyah.
Nanti aku tulis lagi. Adios.......